04 March 2019

Order, Sorting & Packaging

Assalamualaikum. Hai uolls...

Okay hari ni, meh iolls story pasal 3 benda seperti tajuk di atas. Ini hanya melibatkan produk aku sahaja yer. Aku taktau macam mana orang lain urus tadbir 3 perkara ni.

FIRST, untuk order. Sebenar nya open order adalah sepanjang masa. Takde pun nak sekat2. Cuma, bila aku update status "FULLY BOOKED", maksud nya full untuk minggu tersebut, SAHAJA. Kalau kalian masih nak order dan sanggup tunggu sampai minggu depan, then its okay. Aku masuk dalam Qlist.

Secara kasarnya, aku limit kan order untuk seminggu sebanyak 80 botol. Sebab aku buat dari hari Isnin-Khamis [sehari anggaran 20 botol]. Tapi pernah jugak sampai 100+, ikut keadaan jugak. Sebab selalu kalau time cuti2 lama, cuti sekolah ke ada perayaan ke, order memang akan bertambah sikit daripada biasa. Mungkin sebab ramai order nak bawak balik kampung.

Setiap kali customer order, aku akan tanya samada nak pos, nak self pickup atau nak delivery. Dan aku akan tanya jugak nak bila. Nak cepat ke lambat. Atau nak pada hari2 tertentu. Ini untuk memudah kan kerja nak sorting nanti. Okay next is sorting.

SORTING. Part ni macam pening sikit. Aku bukan lah totally ikut giliran siapa order dulu, dia akan dapat dulu. Aku akan ikut priority jugak. Ada orang order awal, tapi dia nak weekend.  So, boleh buat lambat2 sikit. Ada orang baru2 je order, nak cepat pulak. Ada yang nak pos, ada nak delivery, ada yang nak pickup sendiri [self pickup I loike]. So aku akan penting kan yang pos & delivery, sebab self pickup ni tak susah pun. Janji jer nak datang bila, kat rumah atau ofis, asal kan barang ada, kau boleh bagi dah. Tapi pos & delivery ni, selalu nya aku akan susun untuk aku buat sekali jalan. Kalau boleh seminggu tu, biar sekali jer delivery dan sekali pos. Tak perlu nak keluar banyak kali. Jimat.

So, kalau ada customer yang aku update kadang nak pos hari ni lah, nak pos esok lah. Kadang janji nak delivery esok, tapi nak cepat kan jadi hari ni pulak. Aku mintak maaf banyak2 yer. Sebab aku tengah susun untuk memudah kan aku jugak. Almaklum iolls kerja 9-6. Tu yang penting customer kena bagitau, kalau nak cepat atau nak hari sekian sekian. Kalau tak macam ni lah, sesuka hati aku je lah nak pos/delivery bila2.

THIRD is packaging. Buat masa ni, aku hanya jual dalam 1 jenis bekas sahaja. Iaitu botol tutup merah kecik [kod 4017]. Berat peria sahaja dalam 130g+. Total jadi 180+.

Ni je lah buat masa ni. :)

01 March 2019

Postage & Delivery

Assalamualaikum & hi uolls...

Hari ni aku nak share pasal postage & delivery peria ni [to be short, pos & COD]. Lain bisnes mungkin lain cara nya. Banyak jugak aku baca aku study aku tanya mana2 yang dah ada experienced, macam mana nak buat tentang 2 benda penting ni. Semua servis, harus lah ada cas yer dak. Tak kan semua benda nak free, berlemak lemak customer nanti. LOL

Okay first pasal postage. Pos basically akan ikut berat. Tapi bila parcel too big, diorang akan ukur pulak parcel tu [dimensional weight in short DIM weight/volumetric weight]. Ukuran lebar X tinggi X panjang. Bab pos2 ni, aku memang fail. Setakat 1 ke 2 botol tu tau lah. Bila nak kena pos banyak, mula lah blur. Kalau customer baru, aku akan suruh bankin se maksimum yang mungkin. Bila ada balance, aku akan pulangkan [transfer atau selit jer dalam parcel]. Tapi kalau regular customer sekarang ni, aku pos dulu, dah tau harga baru suruh dia bayar [mudahnya percaya orang grrr].

Dalam 1 minggu, aku akan kumpulkan semua customer yang nak pos, buat sekali jalan. So takyah pergi banyak kali [itu semua duit kot, duit minyak, masa hehehe]. Selalu aku pos dekat Aeon Shah Alam [MBE, ejen pelbagai courier]. Kat situ boleh pilih nak courier yang mana. Tapi kalau kawasan ceruk2, memang Poslaju lah jadi pilihan. Kalau Citylink pulak jimat kalau pos berat2. So depends, aku akan pilih yang mana paling murah. Adik2 situ baik, kadang tolong sekali aku balutkan bubble wrap bila aku nak kena pos banyak2.

Okay, paling murah harga Poslaju ialah RM7.60 [berat bawah 500g]. Ni maksimum untuk 2 botol sahaja [2 botol anggaran 400g]. Tapi aku cas RM8. Sebab apa?
Aku balut dengan bubble wrap. Kos minyak masa tenaga aku pergi MBE tu lagi lepas balik kerja. Alaaa 40sen tak kan nak berkira kot???
Next kalau lebih 500g-1kg, cas RM10.30. So aku akan genapkan jadi RM11. 70sen lebih??? Harus lah. Kalau dah parcel besar, besar jugak lah bubble wrap nya.
Kalau dah lebih 1kg, harga RM11.70. Dan aku akan cas RM12.50. 50sen nak kira jugak? Harus lah. Dalam bisnes worth every penny you know.
Dan kalau lebih2 lagi lepas tu, kena tunggu lah diorg timbang ke, ukur ke. Baru tau harga.

Next adalah COD. Cash on delivery. Maksud, bila seller hantar barang, customer kena bagi duit. CASH. Bukan dah bayar awal siap2, atau bayar nanti2. Tapi aku boleh jer consider. Tengok keadaan, tengok customer. So far, tak pernah lagi kena tipu. Alhamdulillah. Kadang2 bila hantar, customer takde lah, apa lah. Kena pass kat orang lain. So tawakal jer, percaya je lah yang dia akan transfer duit lepas tu.
Kadang ada jugak customer yang siap2 transfer sebelum aku hantar. Tapi aku terfikir jugak lah, macam mana customer boleh percaya seller kan. Aku pun kadang kalau nak transfer awal2, mesti terlintas kat fikiran, kot2 seller tak mai hantar ke. Seller cabut lari ke. hahahha sorry aku bukan macam tu. Im your trusted seller.

Okay pasal cas delivery. Aku pun tak tau macam mana nak decide. ermmm mahal sangat ke murah sangat ke. Customer ni bila dengar jer ada cas delivery, mula lah nak cancel lah apa lah. hahahah suka hati hang lah. Senang kerja aku takyah p hantar. Bagi aku senang jer, kalau tak nak bayar cas delivery, hang mai ambek sendiri [self pickup]. Haaa tau pun jauh apa bagai. Ada jugak yang senang nak deal. Kita cakap cas delivery sekian2, dia okay jer. Tak banyak tanya. GOOD CUSTOMER!
Secara kasarnya, aku akan cas ikut jarak. Samada dari tempat kerja atau dari rumah. Kalau 3km, RM3 lah. Kalau 5km, jadi lah RM5. Lebih kurang gitu lah cerita nya.

Mengenai kos untuk kedua dua cara di atas, segala lebih dan kurang harap di halal kan. Kalau terlebih, aku anggap sebagai sedekah untuk customer. Sebab ada terdengar dalam SinarFM, DJ kata niaga ni bukan nak tengok pada nilai duit, tapi lebih kepada nilai berkatnya perniagaan tu. InsyaAllah.

Sesiapa yang nak order, boleh klik Whatsapp. Peace yo!