28 February 2019

Permulaan Bisnes Peria Goreng

Assalamualaikum dan salam sejahtera to all readers...

Nama aku Ifah. Kerja di sektor swasta dalam bidang Telekomuniasi. Dah kahwin dan ada seorang suami & seorang anak [hahahaha suami nak rasa bermadu ke?]

So, kami bertiga ni semua PJJ. Aku kat PJ, suami di Terengganu & anak di N9. Jadi, untuk memenuhi masa terluang selepas balik kerja, aku decide untuk habiskan masa dengan aktiviti berfaedah di samping boleh mendatangkan side income [bijak kan den?]

Macam mana boleh berkecimpung dengan bisnes ni?
Sebenarnya, bisnes peria goreng ni dah lama diusahakan oleh isteri sepupu aku kat kampung, N9 [Kak Lela my sifu]. Mula2, aku just order peria goreng melalui dia. So everyweek aku akan ambek order daripada kawan2, member2 ofis bla bla bla. Next week, baru boleh bagi peria nya.

Ada sikit kurang efisien nya kat situ, bila aku kena selalu cek dengan Kak Lela ada stok atau tak. Sebab Kak Lela pun ada customer sedia ada. Kadang ada customer boleh tunggu bila2 ada stok. Kadang ada customer nak urgent, so tak dapat nak janji [usah tabur janji palsu]. Kadang kena tunggu 2 3 hari untuk Kak Lela respon berapa stok jer yang ada untuk minggu tu. Berbulan jugak lah kira nya aku macam jadi ejen ni.

Tak lama kemudian, aku ada lah cakap nak buat sendiri. Sebab susah nak maintain customer macam ni. So Kak Lela pun sungguh2 nak ajar. Yani pulak [officemate], dia lah yang memang tiap minggu akan order. Dia pulak jual kat area rumah. Yani lah punca aku buat bisnes peria goreng ni. Sebab dia cakap, kalau ambek direct dengan aku, boleh lah dapat murah sikit.hihihihi. Iyo lah Yani.

So lepas raya 2018, dalam Julai macam tu, aku start buat tester. Banyak kali try nak bagi rasa sama macam Kak Lela punya. Hampir2 nak putus asa jugak, sebab tak boleh nak buat sama betul2 macam Kak Lela. Tapi aku yakin kan diri, ini produk aku, hasil tangan aku. So its okay to be different. Bila dah ready, terus Yani place order. WOW! 1st order ialah 10 bekas.

Dulu guna bekas putih petak yang 1000ml & 3000ml. Sekarang just guna 1 jenis bekas, botol tutup merah [kod 4017]. Sebab aku jadi pening bila order bercampur-campur nak bekas tu nak bekas ni, nak banyak ni banyak tu. Susah aku nak tentu kan berapa kilo peria mentah nak beli. Bila dah fix kan 1 bekas jer, hidup aku makin aman hehehehe. Packing pun makin mudah. Almaklum lah, kerja dari pagi sampai petang. Malam hingga ke awal2 pagi sibuk berbisnes. Pagi lepas Subuh sibuk packing pulak. [penat tapi syok, sebab dapat duit].

Alhamdulillah, 8 bulan dah berbisnes. Awal tahun baru daftar SSM. Takde lah daftar awal2, ingat tak kemana lah bisnes nya pun. Sebab aku ni banyak malas daripada rajin nya. Tapi dalam malas, penat, ngantuk giveup apa semua, 8 bulan dah uolls. Amin.

Doakan terus maju, makin maju & sentiasa sedap di tekak customer. Sesiapa yang nak dapatkan peria goreng [perisa ori sahaja buat masa ni], boleh cari IG @periagoreng [PERIA RANGUP INTOWN]. Aku sentiasa update untuk 'open order' ' fully booked' 'closed' 'ready stock' anything yang related dengan produk yer.

Untuk next post, aku akan share sikit sebanyak gambar2 produk, feedback customer, macam mana nak order, postage, delivery etc.

Click Whatsapp for fast responce. <3